Kawasan Pantai Barat Sabah Sesuai Dijadikan Pusat Astro Pelancongan

Kawasan Pantai Barat Sabah Sesuai Dijadikan Pusat Astro Pelancongan

0
SHARE
Adham (kedua kanan) bersama Yakub (kedua kiri) melihat pameran teleskop yang ada pada program tersebut...

SANDAKAN, SABAH – Beberapa kawasan di sekitar kawasan Pantai Timur sini berupaya menjadi pusat tarikan astro pelancongan sedunia disebabkan khatulistiwa langit cerah dan kurangnya pencemaran cahaya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, lokasi terbaik dapat dikenal pasti Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan ianya akan terpulang kepada Kerajaan Negeri Sabah jika ingin mewartakan kawasan itu.

“Kita boleh menjayakannya dengan penjanaan daripada Yayasan Inovasi Malaysia dan National Technology Inovation and Sandbox supaya badan bukan kerajaan ataupun mereka yang berminat mendapat peluang mengendalikan astro pelancongan di kawasan-kawasan yang dipilih.

“Ini merupakan satu tarikan ekonomi bagi negara kita. MOSTI dan Planetarium Negara akan berusaha mendapatkan teleskop terkini bagi menarik minat masyarakat kepada dunia astronomi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah yang buat julungnya diadakan di Sabah, tengah hari tadi.

Adham berkata antara objektif program terbabit adalah bagi meningkatkan ilmu dan kesedaran berkait bidang tersebut selain mengembangkan potensi sektor pelancongan dan sekaligus ekonomi negara.

“Kita juga melancarkan program khusus bagi golongan OKU iaitu ‘Space In Sight’ khsusnya bagi mereka yang bermasalah penglihatan dapat menggunakan teknologi braille dan meneroka astronomi,” katanya.

Tambahnya, pihaknya bercadang membangunkan aplikasi baharu untuk tujuan itu dengan bantuan daripada fakulti universiti tempatan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah Pusat Sains baharu di Sabah, hasil kerjasama MOSTI dan KSTI.

“Lokasi dan tempat masih kami tengah runding. Ia akan dilaksanakan di Kota Kinabalu suapaya pusat sains itu dapat membantu Sabah meningkatan lagi prestasi bidang itu,” jelasnya.

Turut hadir, Menteri KSTI, Datuk Haji Yakub Khan.