Tiga Lagi Rumah Roboh, Warga Emas OKU Dipindahkan

Tiga Lagi Rumah Roboh, Warga Emas OKU Dipindahkan

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Tiga buah rumah di Kg Buah Pandai sini roboh akibat ombak ekoran daripada fenomena air pasang besar pada tengah malam Isnin.

Pasukan Bomba menggarkan sebanyak 66 buah rumah lagi turut terancam.

“Jambatan kampung juga dilaporkan rosak 10 peratus,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

“Semua mangsa sudah bepindah dengan sendiri ke rumah saudara dan sebahagian kecil berpindah ke Masjid Kg Buah Pandai, Kota Belud. 

“Pemantuan masih dijalankan di oleh pasukan bomba di tempat kejadian,” katanya memetik laporan Komander Operasi PPgB Muhammad Syazwan Latun.

Katanya seramai 18 anggota Bomba berada di lokasi selain Polis, Tentera dan Angkatan Pertahanan Malaysia.

Orang awam melihat rumah mereka yang dinaiki air pasang besar…

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keadaan air laut semakin surut. Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan pada jam 3.18 pagi,” beliau berkata.

Pada 12.32 tengah malam di Kg Tanjung Aru Lama di Kota Kinabalu, seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) diangkat keluar dari rumah yang dinaiki air pasang besar.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, warga emas tersebut sudah berada di dalam Ambulans APM dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurut laporan Berita Harian, individu berusia 70 tahun yang tinggal berseorangan itu diusung keluar.

Ketua operasi APM Kota Kinabalu, SM (PA) Safaruddin Rusline dipetik sebagai berkata mangsa telah selamat dipindahkan ke Dewan Sembulan.