Ahli Parlimen PN Labuan Isytihar Sokongan Kepada Anwar

Ahli Parlimen PN Labuan Isytihar Sokongan Kepada Anwar

0
SHARE
Suhaili
Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

LABUAN – Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Suhaili yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Labuan turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan pengundinya yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan.

Walau bagaimanapun, Suhaili menegaskan bahawa beliau kekal setia menjadi ahli Bersatu dan sanggup berdepan tindakan tatatertib demi kepentingan penduduk Labuan.

“Keputusan saya untuk menyokong Anwar adalah secara sukarela dan bebas daripada tekanan luar,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Pada 12 Oktober lepas, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, juga dari BERSATU, turut mengisytiharkan sokongannya kepada Anwar dengan alasan sama.