KBSS Luang Masa Ziarah Atlet Para Renang Jaflee

KBSS Luang Masa Ziarah Atlet Para Renang Jaflee

0
SHARE
Ellron
Ellron menyampaikan sumbangan kepada ibu atlet para renang, Jaflee Jikol ( Sumber Foto: Ihsan KBSS )

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin bersama-sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan menziarahi atlet para renang, Jaflee Jikol yang sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth I akibat kanser.

KBSS menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 yang diserahkan kepada ibu Jaflee.

Sebelum ini, KBSS menerusi Majlis Sukan Negeri Sabah telah menyumbangkan sebanyak RM 19,000 kepada Jaflee bagi meringankan bebanan kewangan keluarga beliau.

Untuk rekod, Jaflee yang berasal dari Tongod itu merupakan pemenang pingat gangsa dalam sukan Para ASEAN Cambodia 2023 dalam acara renang.

Selain itu atlet yang berusia 21 tahun itu turut mewakili negara dalam acara 100M Gaya Bebas di Kejohanan Swimming World Series Singapore 2023.

Turut hadir dalam ziarah itu Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.