KUALA LUMPUR – Jenama pakaian terkemuka Aldo menjalinkan kerjasama bersama tiga orang selebriti antarabangsa Asia sebagai duta bagi kempen musim luruh ‘Own It Heart It’ 2023.
Tiga selebriti terbabit terdiri daripada Cinta Laura (Indonesia), Gabbi Garcia (Filipina) dan Khanh Linh (Vietnam).
Kempen terbabit menekankan komitmen Aldo untuk meraikan gaya individu, pemerkasaan dan keyakinan.
Koleksi ini mempamerkan kepelbagaian Aldo melalui rangkaian produk yang pelbagai yang menawarkan padanan sempurna untuk sebarang majlis.
Sepanjang kempen, Aldo menekankan ciri keselesaan kasut mereka, dengan teknologi ‘Pillow Walk bagi memastikan pelanggan bukan sahaja kelihatan hebat tetapi juga berasa hebat.
Kempen ini bermula pada 23 Oktober 2023, dan akan terus memberi inspirasi dan menaikkan semangat pelanggan sepanjang musim luruh dan musim sejuk.
Koleksi itu boleh didapati di kedai Aldo dan laman web rasmi serta rakan kongsi pasaran dalam talian, menjadikannya mudah untuk pelanggan meneroka dan menyatakan gaya peribadi mereka.