KDCA Ranau Terus Pelihara Tradisi Bangsa Kadazan Dusun

KDCA Ranau Terus Pelihara Tradisi Bangsa Kadazan Dusun

0
SHARE

RANAU, SABAH – Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Ranau terus memelihara tradisi bangsa bermula dengan upacara doa kesejahteraan dan perdamaian bagi umat manusia sedunia sempena sambutan Kaamatan tahun ini.

Menurut Pengerusi Penyelaras dan juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, upacara pada siang tadi salah satu aktiviti diperingkat Pelaksama yang mengambil kira pandangan daripada semua pihak ke arah memperkasakan peranan KDCA.

“Upacara dilangsungkan untuk memohon pengampunan dan memberi pujian syukur kepada ‘Kinoingan’ (Tuhan) di syurga, dan menghormati serta memuji ketuhanan dalam kemanusiaan, kerohanian dalam tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar dan penghuni dunia yang kelihatan atau tidak…

“KDCA dengan kerjasama pemegang Isiadat (Ketua Daerah) akan terus terlibat dalam pelbagai aktiviti berkait dokumentasi terutamanya dari segi bahasa, perubatan, makanan, dan sukan bagi mengelak budaya warisan pupus akibat didominasi budaya moden,” katanya di Tugu Nunuk Ragang sebentar tadi.

Dr Joachim Gunsalam (tengah) menyantuni penduduk kampung dalam upacara ritual di kampung Nunuk Ragang, Ranau…

 

Beliau pasti platform yang telah lama wujud ini efektif untuk menerap golongan muda dengan ruang penyertaan lebih luas kepada golongan belia,

“Belia professional dan kreatif memainkan peranan sebagai rakan kongsi, memberi sumbangan idea dan sekali gus menjadi peserta yang boleh memupuk kemahiran memimpin beridentiti nasional demi kesinambungan dan pembentukan masa hadapan Kadazandusun…

“Pakaian tradisional juga akan terus memainkan peranan penting dalam menjalin dan mengeratkan lagi persaudaraan dan kerjasama di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Sabah,” tambahnya.

KDCA, sejak penubuhannya pada tahun 1950an telah memainkan peranan penting di dalam pengekalan, pengembangan, pengkayaan dan penyebaran kebudayaan multietnik Kadazandusun.