Keahlian Gagasan Rakyat Kuamut Terkini Lebih 4,000 Ahli

Keahlian Gagasan Rakyat Kuamut Terkini Lebih 4,000 Ahli

0
SHARE
Masiung
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah

SANDAKAN, SABAH – Kawasan Kuamut merekodkan lebih 4,000 ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) termasuk 1,000 keahlian baharu yang sedang dalam proses pendaftaran.

Menurut Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, setakat ini terdapat 55 cawangan parti itu telah dibentuk menerusi 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Semantara lima cawangan lagi yang mempunyai kira-kira 1,000 ahli akan didaftarkan ke ibu pejabat parti sebaik sebelum akhir tahun ini, kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut di salah sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Lima cawangan baharu Gagasan Rakyat yang akan didaftarkan itu ialah cawangan Jesselton Kota Kinabalu, Ruminding, Lumandai, Kimanimus, dan Bobuluh.

Masiung berkata, cawangan Alitang dalam PDM Penangah merekodkan pendafatran ahli paling ramai iaitu 173 orang, diikuti cawangan Entilibon Asal 129 dan Penangah 109 ahli.

“Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa khas keahlian, dan tidak menerima ahli yang telah berdaftar dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita dalam Gagasan Rakyat mempunyi sistem yang cekap bagi mengenalpasti keahlian individu supaya tidak berlaku sebarang pertindihan ahli dari parti lain dalam GRS.

“Sebaliknya, target kami adalah meraih sebanyak mungkin ahli-ahli daripada parti pembangkang terutama dari UMNO, WARISAN dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM),” katanya.

Masiung yang juga Naib Presiden Gagasan Rakyat Negeri, tidak menolak ramai ahli-ahli parti pembangkang telah beralih arah kepada Gagasan Rakyat.

Wakil Rakyat Kuamut itu, menjelaskan kebanyakan individu terutama ahli-ahli Umno, Warisan dan KDM datang sendiri ke pejabat parti untuk menyertai Gagasan Rakyat.

“Kita tidak boleh menolak penyertaan mereka kerana ia pilihan mereka sendiri mau beralih arah kepada Gagasan Rakyat.

“Sebahagian ahli pembangkang itu telahpun membentuk cawangan Gagasan Rakyat sebagai solidariti bahawa mereka menolak parti dalam blok pembangkang.

“Kalau di kawasan Kuamut kita bagi syarat supaya setiap permohonan menjadi ahli parti mereka hendaklah mengemuakan salinan kad pengenalan yang disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan kita dapat mengesan status keahlian mereka sebelum menandatangani sendiri borang keahlian dalam Gagasan Rakyat,” jelasnya.