KOTA KINABALU, SABAH – Berkuat kuasa 17 November 2023, SMJ Sdn Bhd telah ditukar nama kepada SMJ Energy Sdn Bhd (SMJESB).
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, syarikat itu berkata penukaran nama itu mengambil kira usaha peluang tenaga baharu yang menguntungkan sebagai tambahan kepada pemerolehan minyak dan gas yang disasarkan.
“Walau apa pun pertukaran nama, SMJESB kekal dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah,” katanya.