Usaha Jawala Dalam Penanaman Pokok Laran Mendapat Pujian Joachim

Usaha Jawala Dalam Penanaman Pokok Laran Mendapat Pujian Joachim

0
SHARE
Dr. Joachim (tiga dari kanan) mendengar taklimat mengenai penanaman pokok Laran (Neolamarckia Cambada) semasa berada di ITP, JPISB...

NABAWAN, SABAH – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan satu lawatan kerja ke Jawala Plantation Industries Sdn. Bhd (JPISB) di Sapulut, Nabawan kelmarin.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri perkembangan penanaman kayu di Industrial Tree Plantation (ITP) yang digunakan sebagai bahan mentah industri kayu kayan hiliran seperti papan lapis (plywood), venir kayu (veneer) dan sebagainya.

Beliau disambut oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Jawala, Rahman Khan.

Dr. Joachim (duduk, lima dari kiri) bersama dengan Rahman (empat dari kiri) dan tetamu yang hadir dalam lawatan kerja pada kali ini…

Turut mengiringi Dr. Joachim ialah Timbalan Setiausaha I MID, Benedick Bisoni, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Tseu Kei Yue, Presiden Industri Kayu-Kayan Sabah (STIA), P J Tan, serta kakitangan MID.

Selain diberikan taklimat oleh Rahman, Dr. Joachim telah membuat tinjauan ke ladang ITP bagi penanaman pokok Laran (Neolamarckia Cambada).

“Kita mahu memastikan bahan mentah industri kayu kayan di sabah mencukupi,” kata Dr. Joachim…

Beliau turut memuji usaha yang dijalankan oleh Jawala dalam penanaman pokok Laran di negeri ini.