Kejohanan Piala Bung Moktar Zon Pedalaman Atas Diteruskan 23 April Ini –...

Kejohanan Piala Bung Moktar Zon Pedalaman Atas Diteruskan 23 April Ini – Lokman

0
SHARE
Timbalan Pengerusi Penganjur, Lokman Sunggim...

KOTA KINABALU, SABAH – Kejohanan bolasepak Piala Bung Moktar Radin peringkat Zon Pedalaman Atas akan diteruskan di padang Kompleks Sukan Tambunan pada 23 April ini.

Kejohanan tiga hari itu sepatutnya disertai 4 pasukan Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan bagaimana daerah Nabawan menarik diri di saat-saat akhir

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Lokman Sunggim (gambar) berkata jawatankuasa berkenaan telah mengambil keputusan untuk meneruskan kejohanan itu dan telah mendapat persetujuan dari pasukan yang terlibat.

Katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kebenaran bagi membolehkan kejohanan peringkat Zon Pedalaman Atas itu diteruskan semula.

“Kita akan memastikan penganjuran kejohanan itu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Lokman, sehingga ini, persediaan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan itu berjalan lancar.

Beliau berkata, Pengerusi penganjur kejohanan peringkat Zon Pedalaman Atas, Fred Vincent Marukau sudah bersiap sedia untuk memastikan kejohanan itu dikendalikan dengan jayanya.

“Kita yakin pengerusi penganjur yang dilantik dapat mengendalikan kejohanan seperti yang diharapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA,” katanya.

Pasukan tuan rumah, Tambunan akan bertemu pasukan Keningau pada perlawanan pembukaan jam 7.30 malam dan ia akan disusuli perlawanan antara Tenom dan Nabawan jam 9.30 malam.

Setakat ini, enam zon sudah selesai mengadakan kejohanan peringkat zon iaitu Pantai Barat, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Timur, Zon Tengah dan Pantai Timur Utara.

Hanya Zon Pantai Timur Selatan yang membabitkan pasukan Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kalabakan belum dapat mengadakan kejohanan itu berikutan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Grand final kejohanan itu dijadual diadakan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.