Keluar Mencari Hasil Hutan, Lelaki Ditemui Meninggal Dunia di Sungai Kg Mandugi

Keluar Mencari Hasil Hutan, Lelaki Ditemui Meninggal Dunia di Sungai Kg Mandugi

0
SHARE

KIMANIS: Seorang lelaki berumur 58 tahun, Johnny Ulut, ditemui meninggal dunia di sungai berhampiran Kg Mandugi pada Selasa selepas dilaporkan hilang sejak Ahad.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah di Kg Langkawit, Papar untuk berjumpa rakannya dan mencari hasil hutan, namun gagal pulang.

Bilik Kawalan Balai Bomba menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 10:02 pagi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Kimanis dan Papar, seramai 10 anggota, bergegas ke lokasi dan tiba pada 10:13 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada jam 12:21 tengah hari bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam, dan 25 penduduk kampung, dengan sokongan unit dron PDRM.

Pencarian dibahagikan kepada empat zon: kampung, kebun, sungai, dan hutan.

“Mangsa berjaya ditemui pada jam 4:12 petang di kawasan Sungai (Section C), kira-kira 300 meter dari Pos Kawalan Bomba.

“Beliau dibawa keluar menggunakan bot kampung dan stretcher sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke hospital bagi pengesahan kematian dan bedah siasat.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5:26 petang,” kata seorang pegawai jurucakap agensi melalui kenyataan media.