PENAMPANG: Kumpulan DESA menyalurkan bantuan kepada lebih 290 mangsa banjir daripada 75 keluarga di daerah ini semalam.
Sumbangan berupa 300 bakul makanan, beras dan air mineral diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Pegawai Eksekutif DESA, Emiliana Chin berkata, bantuan itu sebahagian daripada program CSR syarikat untuk meringankan beban mangsa, selain melambangkan solidariti warga kerja DESA bersama rakyat Sabah.
Beliau menegaskan di bawah pimpinan Pengerusi Kumpulan DESA, Tan Sri Liew Yun Fah, syarikat komited melaksanakan tanggungjawab sosial dengan terus bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.






