Kemalangan Berhampiran Kampung Segaliud, 2 Maut Dan 3 Cedera Parah

Kemalangan Berhampiran Kampung Segaliud, 2 Maut Dan 3 Cedera Parah

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Dua (2) mangsa wanita maut setelah kenderaan jenis Perodua Alza mereka hilang kawalan dan terbabas pada bahu jalan berhampiran Kampung Segaliud subuh tadi.

Mangsa dikenal past pihak Bombai sebagai Robinah Salba, 40, dan Iza Azwani, 14, yang disahkan maut pada lokasi setelah merempuh sebuah penghadang parit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi kepada lokasi berjarak kira-kira 21km.

“Seramai lima (5) individu terlibat dalam kemalangan tersebut yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun…

“Dua lagi mangsa lelaki berumur 15 and 16 tahun termasuk si pemandu mengalami cedera parah,” kata Azlan.

Anggota Bomba mengusung mayat ke dalam kenderaan polis…

Mangsa yang meninggal dunia seterus ta diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera dihantar Ke Hospital Kinabatangan menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawayan selanjutnya,” tambahnya.

Operasi dilaporkan tamat pada jam 9.22 pagi