Kembara Kenali Borneo Suburkan Lagi Semangat Perpaduan Rakyat – Abang Johari

Kembara Kenali Borneo Suburkan Lagi Semangat Perpaduan Rakyat – Abang Johari

0
SHARE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba pada Majlis Penutup dan Santapan Malam sempena Kembara Kenali Borneo hari ini. Turut sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan)...(Sumbr Foto: Bernama)

KUCHING, SARAWAK – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat dalam Kembara Kenali Borneo telah menyuburkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Sesungguhnya keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua untuk menjayakan kembara merentasi Pulau Borneo ini menzahirkan contoh bahawa perpaduan sesama insan seharusnya tidak dihadkan oleh perbezaan agama, budaya atau bangsa,” kata beliau dalam ucapannya pada Majlis Santapan Penutupan Kembara Kenali Borneo di sini awal pagi tadi.

Majlis santapan itu turut dihadiri Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Abang Johari pasangan diraja itu juga berkenan mencemar duli menyertai pelbagai aktiviti budaya yang dianjurkan rakyat bagi menyerikan sambutan ketibaan kembara itu.

Kembara Kenali Borneo ini akan berakhir hari ini di Telok Melano, di selatan Sarawak selepas memulakan penjelajahan dari Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menempuhi perjalanan sejauh 2,154 kilometer (km) pada jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ bermula 3 September lalu…(Sumber Foto: Utusan Sarawak)

Kembara yang diadakan buat julung kali bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk mendekati rakyat Sabah dan Sarawak, telah menamatkan perjalanan di Sabah pada 7 Sept lepas sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei.

– BERNAMA