Lapan Saman, Dua Motosikal Disita Dalam Operasi Samseng Jalanan di Penampang

Lapan Saman, Dua Motosikal Disita Dalam Operasi Samseng Jalanan di Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah mengeluarkan lapan saman dan menyita dua buah motosikal dalam satu Operasi Samseng Jalanan di kawasan Jalan Pintas Penampang dan Jalan Papar-Kota Kinabalu pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton memaklumkan, operasi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan lumba haram serta meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya.

“Operasi yang bermula pada jam 11 malam hingga 3 pagi itu telah memeriksa sambilan buah kenderaan melibatkan 5 motokar dan 4 motosikal serta memeriksa 13 individu. 

“Hasil pemeriksaan, sebanyak lapan saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi yang sama, dua buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati melakukan pengubahsuaian berlebihan serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk tindakan lanjut,” katanya dala satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah Sammy, operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang kegiatan samseng jalanan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
Beliau turut menasihatkan golongan remaja serta penunggang motosikal agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram yang bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh mengundang risiko kemalangan maut kepada diri sendiri dan orang lain.