Mayat Lelaki Dipercayai OKU Terapung Di Longkang Sembulan

Mayat Lelaki Dipercayai OKU Terapung Di Longkang Sembulan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang lelaki berusia 46 tahun ditemui terapung di kawasan longkang berhampiran Jambatan Sembulan pada pagi Selasa.

Anggota bomba dipanggil bagi mengangkat naik mangsa, yang dikenal pasti sebagai Wong Lee Hadja Hirin, ke darat.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, laporan berkenaan insiden diterima pada jam 8.27 pagi.

“Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.03,” kata seorang jurucakap agensi.

Dalam pada itu, sumber rapat mengatakan bahawa mangsa mengalami sakit di bahagian kepala kesan daripada pembedahan selepas mengalami kemalangan motosikal pada tahun 2016.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya percaya mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas berkemungkinan terjatuh ke dalam air sungai.

“Siasatan pada badan mangsa juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan,” katanya.