Kenderaan Dengan Plat ‘Isteri Perdana Menteri’ Atas Ihsan Kerajaan Negeri Sabah

Kenderaan Dengan Plat ‘Isteri Perdana Menteri’ Atas Ihsan Kerajaan Negeri Sabah

0
SHARE
Plat
Kenderaan dengan plat tertera 'Isteri YAB Perdana Menteri' yang tular di laman media sosial ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial Facebook )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan kepada tetamu kenamaan (VIP) termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.

Susulan gambar yang tular di media sosial melibatkan plat kenderaan ‘Isteri Perdana Menteri’ semasa lawatannya ke sini baru-baru ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong menjelaskan perkara itu bukanlah di atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pihak turut mendakwa bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor cuba mengampu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, Safar berkata ianya sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan.

“Amalan itu bagi Perdana Menteri dan isteri, timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.