Kepimpinan UMNO Perlu Kekalkan Momentum Gerak Kerja Bagi Hadapi PRU-15 – Bung

Kepimpinan UMNO Perlu Kekalkan Momentum Gerak Kerja Bagi Hadapi PRU-15 – Bung

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, Ketua UMNO Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua UMNO Sabah mengingatkan kepimpinan Umno pada semua peringkat untuk mengekalkan momentum gerak kerja masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang semakin menghampiri.

Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ketika ini semua jentera parti perlu diperkemaskan sementara menunggu tarikh penting PRU-15 iaitu pembubaran Parlimen.

“Kita perlu terus berkerja. Parti kita (UMNO) mempunyai organisasi yang lengkap dari bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan cawangan…

“Kompenan ini jika digerakan secara bersepadu dan teratur akan memudahkan lagi gerak kerja kita menghadapi PRU-15,” katanya.

Bung berkata momentum mereka “cukup baik” yang terbukti dalam beberapa siri pilihan raya kawasan dan negeri baru-baru ini.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kita mencapai kejayaan cemerlang, namun kejayaan ini jangan terus melekakan kita…

“Kita perlu terus berkerja dan mendekati ahli di peringkat akar umbi,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia itu berkata demikian dalam perutusanya sempena mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang bermula.

Program tersebut bermula pada Sabtu lepas yang didahului oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang akan disusuli dengan mesyuarat perwakilan bahagian bahagian serentak di seluruh negara pada sabtu depan (18 Disember).

Menurut Bung, semangat ahli-ahli UMNO untuk terus berjuang kembali pulih selepas pretasi cemerlang baik semasa Pilihan Raya Kawasan (PRK) atau PRN yang membuktikan parti UMNO dna Barisan Nasional (BN) masih relevan dan menjadi pilihan rakyat.

“Jentera UMNO dan BN perlu berada di hadapan walaupun berdepan pelbagai cabaran,” tambahnya.

Beliau terus mengingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat agar kerap turun padang mendekati ahli dan rakyat.

“Selami setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat untuk dibantu atau disuarakan kepada pihak yang berkenaan…

“ Selain turun padang, jentera kita perlu disusun rapi. Pendaftaran keahlian perlu diperkemaskan dan tubuhkan seberapa banyak cawangan selain amalkan pintu terbuka kepada mereka yang kembali dan berjuang bersama UMNO,” tambahnya.