Kerajaan Cadang Bina Litar Khusus Bagi Perlumbaan Drag Di Setiap Negeri

Kerajaan Cadang Bina Litar Khusus Bagi Perlumbaan Drag Di Setiap Negeri

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KUALA NERUS – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri.

Katanya, pembinaan litar itu adalah usaha memperkasakan lagi program pembangunan sukan permotoran dalam negara…

Tambah beliau, cadangan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini.

“Setakat ini sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka,” katanya hari ini.

Beliau berkata apabila litar itu siap, ia akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Ismail Sabri juga menyeru golongan muda supaya menyertai MyFit@Motorsports 2022 iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, melibatkan pembangunan sukan motosikal dan kereta yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan.