Jangkitan Terus Menurun, Ramai Tidak Lapor Positif COVID-19 Pada MySejahtera

Jangkitan Terus Menurun, Ramai Tidak Lapor Positif COVID-19 Pada MySejahtera

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH –  Angka jangkitan baharu menurun sebanyak 26 kes kepada 328 kes berbanding 354 kes kelmarin.

Walau bagaimanapun, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan kes hari ini tidak mencerminkan keadaan semasa yang tidak banyak berbeza daripada sebelumnya.

“Statistik harian turun-naik setiap hari di banyak daerah tetapi kadar penularan kekal pada tahap yang membimbangkan…

“Malah, kadar positiviti naik daripada 12.64 peratus kelmarin kepada 13.95 peratus hari ini.

“Faktor yang menyebabkan angka kes harian hari ini lebih rendah daripada kelmarin ialah jumlah sampel ujian yg jauh lebih rendah daripada sebelumnya. Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,560 berbanding 2,999 kelmarin,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Jumlah daerah yang mencatat penurunan kes baharu ialah 17 daerah berbanding 8 daerah yang mencatat penurunan.

Daerah Beaufort mencatatkan penurunan 12 kes setelah kembali kepada ‘daerah sifar kes’, Papar 18 kes (-10), Kuala Penyu 1 kes (-10), Lahad Datu 4 kes (-8), Ranau 2 kes (-6), Tambunan 1 kes (-6) dan Sandakan 8 kes (-6).

Mankala Putatan mencatat 36 kes baharu (+29), Penampang 42 (+10) dan Kota Kinabalu 96 kes (+5).

“Perubahan turun-naik angka jangkitan secara drastik hampir setiap hari dibeberapa daerah agak sukar diramal…

“Sikap masyarakat terhadap pematuhan SOP banyak mempengaruhi statistik harian.

“Antaranya ialah keperluan mengemaskini maklumat MySejahtera setelah membuat ujian kendiri dan didapati positif.

MySejahtera…

“Statistik yang diperolehi melalui pemberitahuan secara sukarela dalam aplikasi MySejahtera dan hasil ujian dilapangan yang dibuat merupakan asas pengiraan statistik harian Covid,” tegasnya.

Secara keseluruhan, 7 daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, 15 daerah mencatat satu angka dan 5 daerah tidak mencatat sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu.

Dalam pada itu, terdapat masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 96 (91)
Penampang 42 (32)
Sandakan 38 (44)
Putatan 36 (7)
Tawau 31 (39)
Tuaran 24 (27)
Papar 18 (28)
Kota Belud 9 (9)
Tenom 5 (2)
Lahad Datu 4 (12)
Keningau 3 (4)
Kinabatangan 3 (5)
Kota Marudu 3 (4)
Kudat 3 (3)
Kunak 3 (0)
Sipitang 3 (0)
Ranau 2 (8)
Beluran 1 (1)
Kuala Penyu 1 (11)
Nabawan 1 (3)
Tambunan 1 (7)
Telupid 1 (0)
Beaufort 0 (12)
Kalabakan 0 (1)
Pitas 0 (1)
Semporna 0 (2)
Tongod 0 (1)