Polis Tawau Siasat Pembunuhan Kejam Seorang Ibu

Polis Tawau Siasat Pembunuhan Kejam Seorang Ibu

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Tular video seorang kanak-kanak perempuan menangis di samping mayat ibunya yang disyaki mangsa bunuh selepas disamun di Kg Titingan, Tawau, semalam.

Mangsa, dipercayai seorang warga asing berusia 30-an ditemui berlumuran darah dengan kecederaan di lehernya pada kira-kira jam 7 malam…

Turut tular satu lagi video menyanyat hati yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga sedang memeluk mayat wanita tidak bernyawa itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati dalam perjalanan untuk mengambil sayur di rumah kakaknya apabila dia disamun dan dibunuh.

“Suspek mengambil kesempatan menyamun mangsa kerana lokasi kejadian yang gelap dan tiada rumah yang berdekatan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dan mengesan suspek kejadian,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.