Kerajaan Negeri akan Beri Prioriti Pembinaan PPRT Di Sabah

Kerajaan Negeri akan Beri Prioriti Pembinaan PPRT Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU – Prioriti akan diberikan kepada Perumahan Perumahan Rakyat Termiksin (PPRT) setelah melihat hanya lapan buah rumah mendapat kelulusan pembinaan di kawasan DUN di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah akan mengkaji tapak pembinaan PPRT seterusnya di kawasan pedalaman.

“Sejumlah RM500 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan PPRT di Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) tapi kita (kerajaan Sabah) akan berusaha untuk mendapatkan lebih dari itu…

“Permohonan untuk memberi kontraktor berkelas F peluang melaksana projek ini juga telah dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar negara,” jelas beliau.

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

Hajiji berkata, kerja sambil lewa yang berlaku pada pembangunan PPR Salagon di Beaufort meskipun telah siap telah merugikan negeri kerana tidak selamat untuk dihuni.

Beliau berkata sedemikian semasa mengerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah siang tadi.

Mengulas tentang jalan Sapulut – Kalabakan di Tawau, Hajiji mahukan jalan raya itu setaraf Lebuhraya Utara-Selatan di Semenanjung bagi kemudahan trak mengangkut muatan lebih berat.

“Saya sendiri telah menggunakan jalan Sapulut-Kalabakan sebelum PRN dan nampak tahap kerosakannya.”

Dalam pada itu dia memaklumkan kementerian dan agensi releven supaya tidak lagi mengharap konsultant atau kontraktor yang tidak kompeten sehingga mengakibatkan penangguhan masa siap projek kepunyaan kerajaan.

“Pembongkaran kartel memonopoli 345 tender kerajaan bernilai sekurang-kurangnya RM3.8 billion menjejaskan keyakinan rakyat terhadap penjawat awam…

“Saya melihat hal ini dengan serius dan ingin mengingati semua pemimpin kerajaan tempatan mahupun pusat untuk memberi perkhidmatan berintegriti dan mesra pelanggan selaras slogan kerajaan dan aspirasi memanusiakan perkhidmatan awam,” dia berkata.

Hajiji sekali lagi memberi amaran tidak akan berkompromi dengan penjawat awam yang bersifat “Napoleon kecil” sengaja menjejaskan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Pada 5 April lalu beliau memaklumkan Sabah telah memperbelanjakan RM 148 juta atau 2.6 peratus dari peruntukkan RM 4.99 billion dalam “rolling plan” RMK-12.

Beliau menegaskan Semua rancangan pembangunan negeri harus dilaksanakan dengan pantas.

“Tiada lagi alasan untuk kita menangguh. Segala sesuatu dasar yang menghalang pembangunan Sabah harus diubah terutamanya yang melibatkan bidang kuasa negeri ini,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebuy adalah barisan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Datuk Dr Zulkapli Mohamed.