Kerajaan Negeri Laksanakan Pemberian Dos Penggalak Kepada Warga Emas Bermula Hari Ini...

Kerajaan Negeri Laksanakan Pemberian Dos Penggalak Kepada Warga Emas Bermula Hari Ini (28 Okt)

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19 kepada golongan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas bermula hari ini (28 Okt).

Golongan tersebut menjadi kategori sasaran selepas dos penggalak mula diberikan kepada petugas barisan hadapan (frontliner) kesihatan dan keselamatan pada 20 Oktober minggu lalu.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya bertujuan supaya penerima vaksin mendapatkan tahap perlindungan yang optima terhadap jangkitan COVID-19.

“Individu yang layak menerima dos penggalak adalah individu yang telah lengkap menerima dua (2) dos vaksin jenis Comirnaty (Pfizer) sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari dos kedua dan Coronavac (Sinovac) sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari dos kedua…

“Selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, pelaksanaan pemberian dos penggalak adalah menggunakan sama ada vaksin Comirnaty (Pfizer) atau vaksin Coronavac (Sinovac).

“Pemberian dos penggalak adalah percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya dalam sebuah kenyataan.

Datuk Ir. Shahelmey Yahya…

Shahelmey menjemput individu yang ingin mendapatkan dos penggalak untuk datang secara terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada serta semasa aktiviti outreach yang dijalankan di kawasan mereka atau di 126 buah klinik swasta dan kerajaan di sekitar daerah Sabah seperti yang telah disenaraikan.

Senarai Klinik Swasta di Sabah yang menyediakan perkhidmatan pemberian Dos Penggalak (booster dose)…

Senarai Klinik Kerajaan di Sabah yang menyediakan perkhidmatan pemberian Dos Penggalak (booster dose)…

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua individu yang berumur 60 tahun ke atas dan layak menerima dos penngalak untuk tampil mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19…

“Buat dengan kadar segera bagi mengoptimakan tahap perlindungan diri, keluarga dan masyarakat,” Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sebanyak 76 peratus (76.6%) penduduk dewasa Sabah telah menerima satu dos vaksin COVID-19 sementara 72 peratus (72.5%) lagi telah melengkapkan kedua dos setakat 26 Oktober (Selasa).