KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 Sabah meneruskan trend peningkatan dengan 20 kes baharu yang menjadikan kumulatif sebanyak 585 KES hari ini.
Sebanyak 13 daerah mencatatkan pertambahan kes di mana empat (4) daripadanya merekodkan peningkatan yang agak ketara.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah tersebut adalah Kinabatangan dengan (+25) kes, Kota Kinabalu (+15) kes, Putatan (+13) kes dan Tambunan (+11) kes.
“Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan dua (2) daripadanya merekodkan penurunan signifikan iaitu Ranau (-28) kes dan Keningau (-19) kes…
“Sejumlah 206 kes atau 35 peratus (35.21%) daripada kes terkumpul hari ini adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala.
“Kategori ini sinonim dengan kes sporadik yang sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur opearsi standard (SOP),” katanya.
Hanya daerah Tongod berjaya mencatatkan sifar (0) kes dari penemuan lapan (8) kes yang dilaporkan semalam.
Menurut Masidi, walaupun jumlah kes harian mencatatkan penambahan, tetapi 97 peratus (97.44%) daripada jumlah kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 iaitu tiada simptom ataupun bersimptom ringan.
Enam (6) kes lagi dalam Kategori 3 dan masing-maing satu (1) kes dalam Kategori 4 dan 5. Sejumlah tujuh (7) kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 64 (49)
Kota Belud – 53 (55)
Beaufort – 48 (48)
Kota Marudu – 36 (38)
Tenom – 34 (40)
Ranau – 31 (59)
Kinabatangan – 31 (6)
Tambunan – 30 (19)
Keningau – 30 (49)
Tuaran – 27 (23)
Penampang – 26 (19)
Papar – 25 (27)
Lahad Datu – 20 (17)
Putatan – 19 (6)
Pitas – 17 (9)
Beluran – 15 (17)
Sandakan – 14 (10)
Kudat – 14 (22)
Telupid – 13 (8 )
Tawau – 12 (5)
Sipitang – 11 (13)
Nabawan – 4 (6)
Semporna – 3 (1)
Kuala Penyu – 3 (3)
Kalabakan – 3 (2)
Kunak – 2 (6)
Tongod – 0 (8 )





