KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang membabitkan penyertaan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah iaitu 29 daripada GRS, tujuh Pakatan Harapan (PH), lima Barisan Nasional (BN) dan satu dari PAS dijangka akan mampu bertahan sehingga tempoh akhir penggal 2025.
Menurut Syihab Palembang yang juga Penganalisis Politik Badan Pemikir Cintanusa ketika dihubungi berkata, jangkaan kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dilihat akan kekal utuh dan mampu bertahan sehingga akhir penggal Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
“Lebihan 9 kerusi mengatasi Warisan dan UMNO Pro-Warisan dilihat sebagai salah satu faktor kerajaan negeri Sabah sukar untuk digugat ketika ini…
“Keduanya, komitmen tinggi penolakan wakil rakyat PH termasuk 5 ADUN UMNO untuk menggulingkan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah serta penubuhan ‘kerajaan pintu belakang’ amat tinggi.

“Ketiganya, apa yang pasti kesemua ADUN PH serta 5 ADUN UMNO menolak cadangan agar Shafie atau Bung dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah bagi menggantikan Hajiji kerana kurang yakin bahawa kedua-dua pemimpin utama Warisan dan UMNO itu mampu untuk mengemudi Sabah dengan baik,” jelansya.
Syihab berkata lagi, rekod cemerlang Hajiji menerajui Sabah sepanjang 2 tahun jelas dilihat sebagai satu tarikan kepada pemimpin PH dan ADUN UMNO untuk kekal menyokong Hajiji.
Menjawab persoalan adakah Kerajaan Negeri Sabah ketika ini melambangkan Kerajaan Kerpaduan?, Syihab menjawab; “Kerajaan hari ini adalah Kerajaan Perpaduan meskipun wakil rakyat Warisan termasuk ADUN UMNO Pro-Warisan tidak berada bersama menganggotai barisan kabinet Sabah yang baharu.
“Ketegasan dan pendirian 44 adun negeri Sabah yang enggan menerima Warisan termasuk Adun UMNO Pro-Warisan sewajarnya dihormati.”






