KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Persekutuan baik Negeri seharusnya membuka semula semua sektor, demikian kata Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC).
Pengerusinya Tan Sri David Chu berkata COVID-19 telah aktif selama 20 bulan di Malaysia dan menjejaskan ekonomi dan hidup masyarakat.
“Kita tidak boleh lagi mengambil langkah untuk menunggu sehingga kes mula menurun…
“Semua sektor pekerjaan harus dibuka sekarang jika tidak mahu melihat masyarakat terus menderita secara kewangan,” katanya.
Chu berkata dengan jumlah bekalan vaksin yang sudah banyak diedar kepada orang ramai, kerajaan harus menyambungkan “talian hayat” ini dengan peluang pekerjaan
“Kerajaan boleh memberi syarat semua pelanggan dan pekerja harus lengkap kedua-dua dos vaksin mereka…
“Mengambil China sebagai contoh negara berpopulasi tinggi, Chu berkata kita sepatutnya megikut langkah mereka dalam penyeggaraan vaksin dan pemulihan ekonomi yang berikutan.
“Masa tidak menunggu siapa-siapa dan jika ekonomi tidak berjalan makanya lebih banyak individu yang tergolong dalam sektor tidak perlu (non-esssential) bakal masuk kategori B40.
“Kerajaan seharusnya mempercepatkan vaksinasi termasuklah pendatang asing. Sektor swasta juga perlu giat dalam menduking Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” tambah beliau.
Dia berkata lagi program seperti Pikas perlu terus diperkasakan kerana kebanyakkan sektor sanggup membayar demi memvaksinasikan pekerja mereka meskipun tidak tahu tarikh beroperasi seterusnya.
“Rakyat warga asing pun sepatutnya dibenarkan masuk bekerja dengan syarat mereka telah divaksin dan dibukitkan dengan pasport vaksin…
“Mereka boleh dicalit dengan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) sebelum masuk ke Sabah dan terus bekerja keputusan adalah negatif.
“Kita tidak tahu berapa lama lagi COVID-19 akan kekal wujud tapi jika semua rakyat divaksin dan menurut SOP yang diberikan kerajaan ekonomi boleh bermula lagi,” tambahnya.
Chu juga berkata tindakan Kerajaan Negeri bagi membenarkan ‘dine-in’ juga memberikan kelegaan kepada sektor pemakanan dan rantaian bekalan.
“Ada lebih 200,000 pekerja dalam industri berkenaan yang bergaji mengikut hari atau bulan akhirnya mendapat peluang mencari rezeki untuk keluarga.
“SEAC menghormati kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kerana kukuh dalam hal ini walaupun pada awalnya mendapat bantahan dari Majlis Keselamatan Negara.
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/06/Hajiji-cover-isu-dine-in.jpg)
“Walau bagaimanapun, SEAC percaya sesetengah SOP yang ada pada sektor pemakanan harus diperbaiki seperti waktu beroperasi (6 pagi hingga 9 malam).
“Kerajaan Negeri harus mempertimbangkan untuk memanjangkan masa operasi dari 6 pagi ke pukul 10 malam.
“Penyewa premis tetap membayar sewa yang begitu mahal dan ini tidak adil kepada mereka yang berkongsi sewa terutamanya bagi kedai sebelah malam kerana waktu operasi mereka adalah terhad,” katanya.