KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Hj Noor berkata, kerjasama antara Bersatu dan UMNO di Sabah tidak akan terjejas oleh perkembangan politik di Kuala Lumpur.
“UMNO di peringkat persekutuan tahu bahawa tekad kita adalah untuk memperkuatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Bersatu akan terus bekerja serta bekerjasama dengan rakan-rakan kita di Sabah untuk menghormati mandat rakyat yang menjadikan kita (GRS) berkuasa,” katanya beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah.

“Sekarang bukan masa untuk pertengkaran politik, tetapi untuk bekerja. Kami berhadapan dengan wabak, cabaran ekonomi dan kesulitan yang menimpa masyarakat, jadi janganlah kita semua terganggu tetapi bekerjasama untuk mengatasi cabaran ini,” tambah Hajiji lagi.
Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.

“Di Sabah, UMNO ada kuasa autonomi, jadi kami tenang dulu daN tetap (jalinkan kerjasama dengan Bersatu).
“Setakat ini, kami tiada isu dan tiada masalah. Kami tetap akan jalin kerjasama (dengan Bersatu dan parti-parti dalam GRS),” kata Bung.