KERJASAMA ZAHID DAN ANWAR IBRAHIM UNTUK TUBUH KERAJAAN BAHARU SEMAKIN HAMPIR?

KERJASAMA ZAHID DAN ANWAR IBRAHIM UNTUK TUBUH KERAJAAN BAHARU SEMAKIN HAMPIR?

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Rundingan penubuhan kerajaan Malaysia baharu di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) semakin hampir menjadi kenyataan.

Menurut sumber dalaman UMNO, Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang giat berunding malahan telah mencapai kata sepakat untuk penubuhan kerajaan Malaysia yang baharu.

Zahid juga telah mengeluarkan amaran kepada semua MP UMNO untuk mengikuti arahan Zahid selari dengan aku janji yang telah ditandatangani semasa penyerahan watikah sebagai calon.

Zahid dalam satu kenyataan malam ini berkata: “Dalam pada itu, kesemua Ahli Parlimen BN yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah menandatangani ‘Aku Janji’ dan memberikan mandat kepada saya selaku Presiden (UMNO) untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Sehubungan itu, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut sumber dalaman UMNO itu juga, Presiden UMNO itu kini amat terdesak mahu menyelamatkan dirinya dari perbicaraan di mahkamah dan juga salah satu sebab Zahid memilih Anwar adalah kerana kes rasuah yang sedang berjalan akan digugurkan.

Dalam pada itu menurut sumber yang lain, seramai 20 daripada 30 ahli Parlimen UMNO/BN yang menang pada PRU-15 semalam bersedia untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 sekali gus membentuk Kerajaan Persekutuan.