Kes Baharu COVID-19 Sabah Menyusut Hampir 50 Peratus

Kes Baharu COVID-19 Sabah Menyusut Hampir 50 Peratus

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini menyusut hampir 44 peratus daripada jumlah kelmarin.

Jumlah kes baharu ialah 27 kes iaitu 21 kes lebih rendah daripada angka jangkitan sebelumnya.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tanda-tanda pemulihan semula selepas kemuncak sambutan Aidil Fitri.

“Sama ada trend ini bertahan banyak bergantung kepada sikap masyarakat semasa menyambut perayaan Kaamatan yang akan sampai kepada kemuncaknya pada akhir bulan Mei,” katanya.

Lapan (8) daerah merekodkan penurunan kes harian termasuk Kota Kinabalu 16 kes (-7), Sandakan 0 kes (-6), Penampang 1 kes (-6) dan Tuaran 1 kes (-4). Enam (6) daerah merekodkan peningkatan marginal 1 kes (+1) bagi setiap daerah.

Kota Kinabalu kekal daerah tunggal yang merekodkan kes dua angka dengan 16 kes manakala sembilan (9) lagi daerah merekodkan kes satu angka dengan 7 daripadanya mencatatkan hanya 1 kes.

Kesemua 27 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 16 (23)
Papar 2 (2)
Putatan 2 (1)
Kota Marudu 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Penampang 1 (7)
Sipitang 1 (0)
Tambunan 1 (0)
Tawau 1 (0)
Tuaran 1 (5)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (1)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (1)
Sandakan 0 (6)
Semporna 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (0)