KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan terus menurun sejajar dengan jumlah sampel ujian yang berkurangan serta kadar positiviti yang lebih rendah daripada sebelumnya.
Jumlah kes baharu hari ini ialah 127 (-33) yang diperolehi daripada 1,498 sampel ujian dengan kadar positiviti 9.61 peratus, lebih rendah daripada 1,595 dan 10.72 peratus semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 15 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu.
“Daripada 12 daerah yang mencatatkan jangkitan baharu, 4 daerah merekodkan kes dua angka…
“Daerah-daerah tersebut ialah Kota Kinabalu 64 kes (+1), Sandakan 13 kes (-8), Tawau 11 kes (-2) dan Tuaran 10 kes (+3),” katanya dalam rumusan harian kes.
Terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Sept 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 64 (63)
Sandakan 13 (21)
Tawau 11 (13)
Tuaran 10 (7)
Kudat 6 (3)
Papar 6 (6)
Penampang 6 (5)
Kota Belud 4 (4)
Tenom 3 (3)
Ranau 2 (3)
Kota Marudu 1 (2)
Lahad Datu 1 (7)
Beaufort 0 (8)
Beluran 0 (2)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (2)
Kinabatangan 0 (2)
Kuala Penyu 0 (2)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (2)
Putatan 0 (0)
Semporna 0 (3)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (1)





