KOTA KINABALU, SABAH – Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun memaklumkan daerah Beaufort menjadi daerah pertama di Sabah mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selepas 89 peratus (89%) daripada penduduk dewasanya sudah melengkapkan vaksinasi setakat semalam (4 Sept).
Masidi berkata, perkata itu diikuti daerah Kuala Penyu yang mencatat 76.6 peratus (76.6%) penduduk dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.
“Setakat JumaAt lalu, 42.4 peratus (42.4%) penduduk dewasa di Sabah sudah memperoleh vaksin lengkap manakala 61.1 peratus memperoleh satu dos…
“Beaufort adalah daerah yang paling tinggi jumlah penduduk yangg sudah melengkapkan pengambilan vaksin iaitu 89.0 peratus, diikuti daerah Kuala Penyu dengan 76.6 peratus,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sabah sebelum ini mensasarkan untuk mencapai 60 peratus (60%) penduduk dewasa lengkap vaksin pada bulan ini, manakala sasaran imuniti kelompok atau 80 peratus penduduk lengkap vaksin disasar dicapai sebelum akhir tahun ini.
Masidi dalam pada masa yang sama turut memaklumkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah hari ini menyaksikan sebanyak 22,132 suntikan dos pertama vaksin diberikan kepada penerima vaksin di seluruh negeri, manakala sebanyak 22,770 suntikan dos kedua.