Aktres Julia Perez Meninggal Dunia Di Bulan Ramadhan

Aktres Julia Perez Meninggal Dunia Di Bulan Ramadhan

0
SHARE

Aktres Indonesia Julia Perez meninggal dunia hari ini (10 Jun 2017), di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat Indonesia .

https://youtu.be/XGGAVKMdwp4?list=PLMb9swpKa2tW0r9eigIL-4_MqVzUlunur

Julia Perez yang turut dikenali juga dengan panggilan ‘Jupe’ meninggal dunia akibat “Cancer Serviks” tahap empat yang dideritanya sejak September 2014 lagi. Disaat menghembuskan nafas yang terakhir ibu dan bapanya turut berada bersama disisi Jupe.

Jupe yang dilahirkan pada 15 Julai 1980 merupakan seorang model, pengacara, pelakon drama bersiri dan penyanyi dangdut Indonesia.

Sepanjang kerjaya Jupe yang turut dikenali sebagai aktres berperwatakan seksi dan kontroversi ini pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 bulan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Timur pada 11 Oktober 2011, dengan enam bulan percubaan kerana menyerang Dewi Persik semasa pertengkaran di set penggambaran filem seram “Arwah Goyang Karawang”. Walau bagaimanapun, Jupe telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung, yang menolak rayuan itu dan membatalkan tempoh percubaan beliau

Jupe juga sempat menunaikan Umrah semasa sedang sakit dan membuat penampilan berhijab selepas itu.