Angkasawan Berjaya Rakam Gambar Aurora Dari ISS

Angkasawan Berjaya Rakam Gambar Aurora Dari ISS

0
SHARE
Fenomena aurora yang berjaya di rakam oleh Bob dari ISS...

WASHINGTON – Fenomena aurora yang unik berjaya dirakam oleh seorang angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), baru-baru ini.

Angkasawan, Bob Hines turut berkongsi gambar pemandangan aurora yang diambil ketika berada di ISS menerusi ciapan di akaun Twitternya.

“Terima kasih atas aktiviti suria baru-baru ini yang menghasilkan pemandangan indah ini!’,” ciapnya di Twitter.

Difahamkan, fenomena aurora berlaku apabila zarah-zarah daripada ribut suria yang masuk menyerang gas di atmosfera bumi.

Bagaimanapun, fenomena keajaiban alam semula jadi itu juga boleh disaksikan dari bumi seperti Alaska, Kanada, Iceland, Greenland, Norway, Sweden dan Finland.