Remaja Disamun Dua Lelaki Naik ‘LC’

Remaja Disamun Dua Lelaki Naik ‘LC’

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis daerah ini sedang memburu dua lelaki yang menyamun seorang remaja lelaki di Jalan Kg. Kitobu – Keronggu, Inanam, pada petang Ahad lalu (14 Ogos).

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah, kedua-dua suspek menaiki motorsikal berjemama Yamaha model LC berwarna hitam.

“Suspek telah meragut beg sandang diapakai mangsa…

“Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga mangsa mendapat kecederaan di bahagian dada dan kedua-dua lengan,” Zaidi berkata dalam sebuah kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes digesa membantu pihak polis dengan menghubungi Inspektor Ab Zumin Ajamu di talian 014-5521425.

Zaidi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.