Kes COVID-19 Sabah Terus Catat Peningkatan Hari Ini

Kes COVID-19 Sabah Terus Catat Peningkatan Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 baharu di Sabah terus meningkat dengan pertambahan 46 kes berbanding kelmarin yang menjadikan jumlah kes hari ini sebanyak 202 KES.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, satu kluster baru jenis import dikesan di Sandakan.

“Kluster Millenium Saudi melibatkan seorang lelaki yang baru kembali daripada ibadah umrah…

“Saringan PCR telah dibuat di pintu masuk KLIA setibanya indeks kes pulang dari Saudi, sebelum beliau menyambung penerbangan domestik ke Sandakan.

“Beliau seterusnya menjalani kuarantin wajib di rumah di Sandakan dan dimaklumkan keputusan saringan PCR (positif) pada Jumaat,” katanya dalam sebuah rumusan kes harian.

Beliau berkata saringan yang dibuat dikalangan ahli rombongan umrah dan kontak rapat mendapati 10 orang lagi telah dijangkiti.

“Tindakan rawatan yang sesuai telah diambil keatas semua yang terlibat,” tambhanya.

Sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan tiga (3) daerah menunjukkan peningkatan ketara iaitu Kota Kinabalu +15 kes, Tuaran +13 kes dan Ranau +10 kes.

TUJUH (7) daerah mencatatkan penurunan kes yang didahului oleh Penampang dengan -11 kes mnakaala tujuh (7) lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

Masidi berkaya Kota Kinabalu merekodkan kes baharu tertinggi dengan 43 kes, diikuti oleh Tuaran dengan 31 kes, Ranau 17 kes, Sandakan 17 kes, Kota Belud 15 kes dan Beaufort 10 kes.

“Sebanyak 17 daerah lain merekodkan kes pada kadar satu angka sahaja sementara 4 daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” kata beliau.

Dalam pada itu, seramai 197 opesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Hanya satu (1) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabab masih membuat penilaian keatas satu kes lagi,” tambah Masidi.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (22 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 43 (28)
Tuaran – 31 (18)
Ranau – 17 (7)
Sandakan – 17 (13)
Kota Belud – 15 (15)
Beaufort – 10 (2)
Papar – 9 (11)
Penampang – 8 (19)
Kota Marudu – 8 (8)
Keningau – 6 (0)
Tambunan – 5 (5)
Tenom – 5 (3)
Putatan – 5 (7)
Sipitang – 4 (7)
Semporna – 3 (2)
Kuala Penyu – 3 (2)
Beluran – 3 (1)
Lahad Datu – 3 (1)
Pitas – 2 (0)
Tongod – 2 (1)
Kinabatangan – 1 (1)
Nabawan – 1 (1)
Tawau – 1 (1)
Telupid – 0 (1)
Kunak – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)
Kudat – 0 (1)