KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat peningkatan marginal sebanyak enam (6) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 579 KES.
Trend peningkatan itu berterusan, kata jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, dengan Kota Kinabalu sebagai daerah tertinggi.
“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan agak tinggi ialah Penampang +20 kes, Tambunan +17 kes, Tawau +14 kes, Sipitang +13 kes, Kota Belud +12 kes dan Tenom +10 kes…
“Daerah yang mencatatkan penurunan signifikan pula ialah Kota Kinabalu -31 kes, Beaufort -16 kes, Putatan -15 kes dan Kuala Penyu -10 kes,” jelasnya.
Secara ringkas, 12 daerah mencatatkan peningkatan, 12 daerah mencatatkan penurunan kes dan tiga (3) daerah kekal sebagaimana catatan semalam.
Hanya daerah Kalabakan mencatat sifar (0) kes pada hari ini.
Kes berpunca daripada Saringan Bergejala hari ini sebanyak 228 kes atau 39 peratus (39.4%). Masidi berkata kes berkenaan dikaitkan dengan kegagalan individu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, jumlah kes jangkitan yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu telah bertambah.
“Analisis data harian menunjukkan 358 kes atau 61 peratus (61.8%) adalah kes yang berlaku dan didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu…
“Selebihnya, 37 peratus (37.65%) merupakan kes yang didaftarkan antara 2-5 hari setelah keputusan ujian saringan diperolehi termasuk tiga (3) kes daftar lewat melebihi 5 hari,” katanya.
Jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah dengan hanya seorang pesakit dalam Kategori 3, lima (5) pesakit dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5.
Masidi berkata sejumlah 567 kes atau 97 peratus (97.93%) daripada 579 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 (76) dan Kategori 2 (491) di mana Jabatan Kesihatan masih menyiasat baki lima (5) kes lagi.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 54 (85)
Tuaran – 53 (53)
Kota Belud – 49 (37)
Beaufort – 44 (60)
Ranau – 41 (34)
Penampang – 39 (19)
Tambunan – 35 (18)
Kota Marudu – 32 (40)
Papar – 31 (32)
Tenom – 31 (21)
Sandakan – 20 (23)
Keningau – 19 (25)
Tawau – 19 (5)
Kudat – 18 (19)
Pitas – 17 (14)
Sipitang – 16 (3)
Lahad Datu – 14 (14)
Putatan – 13 (28)
Tongod – 8 (1)
Kinabatangan – 7 (12)
Kuala Penyu – 5 (15)
Beluran – 5 (10)
Telupid – 4 (2)
Semporna – 2 (0)
Kunak – 2 (2)
Nabawan – 1 (0)
Kalabakan – 0 (1)





