KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu naik 18 kes kepada 124 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 11 daerah mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi walaupun pada kadar yang rendah.
“Ia didahului oleh Kota Kinabalu dengan 33 kes baharu, pertambahan 9 kes setelah mencatatkan penurunan 33 kes semalam…
“Daerah Tuaran (+6), Papar (+1), Beaufort (+2) dan Putatan (+2) juga merekod pertambahan tetapi Penampang (-1), daerah dipinggir Kota Kinabalu menurun satu kes berbanding pertambahan 7 kes kelmarin,” katanya.
Mengulas lanjut, Masidi berkata jumlah kes harian menurun secara marginal di 9 daerah dengan Sandakan dan Keningau merekodkan penurunan yang terbanyak iaitu masing-masing sebanyak 4 kes.
“Semalam Sandakan turun 5 kes sementara Keningau tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini…
“Selain Keningau, 6 lagi daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu,” katanya.
Katanya, sebanyak 16 daerah mencatat kes baharu satu angka berbanding 17 daerah semalam manakala tidak ada catatan jangkitan baharu di 7 daerah.
“Secara keseluruhan, kedudukan kes jangkitan COVID-19 di semua daerah di Sabah masih dianggap stabil walaupun terdapat pertambahan 18 kes hari ini…
“Jumlah daerah yang mencatat pertambahan dan daerah yang merekodkan penurunan juga seimbang.
“Malah, pada hari ini peratusan jangkitan sporadik menurun kepada sekitar 48 peratus sahaja berbanding 64 peratus semalam,” katanya.
Hanya seorang masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 dan dua lagi lagi dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (10 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 33 (24)
Penampang – 18 (19)
Tuaran – 14 (8)
Papar – 11 (10)
Beaufort – 8 (6)
Putatan – 8 (6)
Kuala Penyu – 5 (0)
Tenom – 5 (4)
Sipitang – 4 (5)
Sandakan – 3 (7)
Kudat – 3 (3)
Kota Belud – 3 (1)
Ranau – 2 (1)
Tambunan – 1 (0)
Lahad Datu – 1 (2)
Kinabatangan – 1 (3)
Kota Marudu – 1 (1)
Keningau – 1 (0)
Pitas – 1 (2)
Tawau – 1 (1)
Semporna – 0 (1)
Beluran – 0 (1)
Telupid – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (1)