Kes Harian COVID-19 Sabah Turun Kepada 3,735 Kes

Kes Harian COVID-19 Sabah Turun Kepada 3,735 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian bagi negeri Sabah turun 521 berbanding semalam menjadikan jumlah jangkitan baharu pada hari ini sebanyak 3,735 KES.

Walau bagaimanapun, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 66 peratus (66%) daripada jumlah kes keseluruhan.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia adalah petanda bahawa jumlah kes baharu boleh naik secara mendadak.

“Jangkitan sporadik merupakan jangkitan dalam komuniti yang boleh merebak dengan cepat dan dalam lingkungan lokaliti yang luas…

“Jumlah kes baharu dibeberapa daerah masih dipengaruhi oleh keputusan saringan kes-kes tertunggak yang baru dilaporkan,” katanya.

Daripada 1,039 kes bagi Kota Kinabalu hari ini, cuma 19 kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berdaftar dalam statistik kes harian hari ini.

Kota Kinabalu mencatatkan jumlah keputusan tertunggak yang paling tinggi di Sabah dan mengakibatkan jumlah kes harian terus berada pada kadar empat angka sejak beberapa hari.

Hari ini hanya 7 daerah mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu manakala 20 daerah lagi mencatatkan penurunan kes harian.

Terdapat sepuluh (10) kes dalam Kategori 3, lima belas (15) kes dalan Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5.

Sejumlah 464 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 216 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 1,039 (1,241)
Putatan – 386 (363)
Penampang – 287 (345)
Tuaran – 286 (308)
Papar – 261 (370)
Beaufort – 214 (126)
Tawau – 158 (165)
Sandakan – 156 (157)
Keningau – 151 (144)
Kota Belud – 138 (186)
Lahad Datu – 92 (113)
Kota Marudu – 83 (100)
Sipitang – 73 (89)
Ranau – 51 (69)
Tenom – 50 (70)
Kuala Penyu – 45 (72)
Kudat – 44 (19)
Telupid – 38 (27)
Pitas – 37 (52)
Beluran – 31 (33)
Nabawan – 26 (38)
Tambunan – 18 (50)
Kunak – 17 (35)
Tongod – 16 (31)
Kinabatangan – 15 (44)
Kalabakan – 12 (4)
Semporna – 11 (5)