Tiga Cedera Bas Mini Rempuh Belakang Lori

Tiga Cedera Bas Mini Rempuh Belakang Lori

0
SHARE
Kemalangan
Remuk bahagian kiri bas mini yang melanggar belakang lori 8 tan membawa muatan beras ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga individu termasuk seorang warga emas mengalami kecederaan ringan apabila bas mini yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori lapan tan di Jalan Kiansom, Inanam, sini, pada Isnin.

Tujuh penumpang bas mini dan tiga orang termasuk pemandu lori yang membawa muatan beras terbabit dilporkan selamat susulan insiden kira-kira 10.20 pagi itu.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa cedera merupakan dua wanita berusia 51 dan 57 tahun dan seorang lelaki, 75.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Bomba serta ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mereka seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata seorang jurucakap.

Sepasukan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas menamatkan operasi pada jam 10.52 pagi setelah memastikan keadaan selamat.