Kes Jangkitan COVID-19 Dijangka Kembali Naik Selepas Aktivi Rentas Negeri Dibenarkan

Kes Jangkitan COVID-19 Dijangka Kembali Naik Selepas Aktivi Rentas Negeri Dibenarkan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui sumber dalamannya menjangkakan bahawa kes jangkitan COVID-19 dalam negara bakal kembali melonjak selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan secara serentak dalam masa terdekat ini.

KKM berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang berlaku sebelum ini yang mana ketika ini paling dibimbangi penularan varian Delta yang sangat mudah merebak dalam komuniti.

Bagaimanapun menurut sumber itu, sebahagian kes adalah kategori satu dan dua dengan mengambil kira kadar vaksinasi lengkap melebihi 80 peratus di semua negeri kecuali di Sabah.

“Walaupun kes jangkitan COVDI-19 dalam negara dijangka meningkat, kerajaan tiada pilihan memandangkan sudah lebih setahun rakyat dikurung dan tidak dibenar merentas negeri,” menurut sumber tersebut.

Ketika ini, KKM hanya menumpukan usaha untuk menggalakan rakyat lebih berdisiplin dan peka terhadap kesihatan kendiri secara rutin seperti mengasingkan diri jika mendapati diri mereka bergejala selain daripada melakukan segera ujian saringan.

Rakyat juga diingatkan untuk terus mematuhi prosedur tatacara piawaian (SOP) walaupun sudah lengkap menerima vaksin.

“Dalam fasa pandemik hidup bersama Covid-19 ini, rakyat perlu ditekankan  menjaga diri dan masyarakat sekeliling daripada jangkitan COVID19 adalah tanggungjawab diri sendiri…

“Sekiranya peningkatan itu tidak terkawal dengan pertambahan pesakit kategori tiga dan ke atas, kerajaaan mungkin akan mengkaji semula perancangan untuk beralih kepada fasa endemik,” menurut sumber itu.