KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu Sabah melepasi angka 600 hari ini dengan catatan 622 KES iaitu peningkatan sebanyak 96 kes berbanding kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun memberi respon tidak terkejut dengan peningkatan jumlah tersebut.
Katanya ianya sudah diramal setelah mengambil kira kadar peratusan kes sporadik yang tinggi.
“Peratusan kes sporadik (saringan bergejala) secara konsisten berada pada tahap 35 hingga 40 peratus sejak beberapa minggu ini…
“Jangkitan akan berlaku lebih cepat apabila masyarakat mengambil ringan keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat penjagaan kesihatan yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes dengan empat (4) daerah menunjukkan peningkatan yang “sangat drastik” iaitu Tuaran dengan pertambahan +57 kes, Ranau +46 kes, Kota Belud +38 kes dan Kinabatangan +35 kes.
Masidi berkata 39 kes baharu di Kinabatangan hari ini adalah daripada Kluster Sawit Jati.
“Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan penurunan dengan enam (6) daripanya menunjukkan jumlah penurunan besar…
“Namun jumlah keseluruhan kes bagi daerah-daerah yang mencatatkan penurunan tidak dapat mengatasi jumlah kes daerah-daerah yang mencatatkan pertambahan,” katanya.
Beliau berkata tahap kes baharu di Sabah tidak serius dengan 609 kes atau 98 peratus (98%) berada dalam Kategori 1 dan 2.
“Dua (2) pesakit masing-masing berada dalam Kategori 3 dan 4, dan tiga (3) pesakit dalam Kategori 5. Enam (6) kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan,” tambah beliau.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Nov) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 109 (101)
Tuaran – 76 (19)
Ranau – 65 (19)
Kota Belud – 56 (18)
Kinabatangan – 39 (4)
Penampang – 35 (32)
Beaufort – 35 (49)
Kudat – 26 (18)
Tenom – 22 (18)
Papar – 21 (41)
Kota Marudu – 20 (54)
Kuala Penyu – 16 (12)
Sipitang – 15 (16)
Tambunan – 14 (15)
Pitas – 12 (6)
Putatan – 12 (17)
Lahad Datu – 11 (4)
Keningau – 11 (23)
Tongod – 7 (10)
Beluran – 6 (4)
Telupid – 5 (25)
Sandakan – 4 (16)
Tawau – 4 (2)
Nabawan – 1 (2)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)