Kesaksamaan Gender Perlu Jadi Teras Pembangunan – Julita

Kesaksamaan Gender Perlu Jadi Teras Pembangunan – Julita

0
SHARE

MATUNGGONG, SABAH – Kesaksamaan gender mesti diarusperdanakan dalam tadbir urus dan perancangan pembangunan bagi memastikan dasar lebih adil, inklusif dan berkesan, kata Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki.

Beliau berkata kesaksamaan gender adalah keperluan pembangunan lestari, dengan lelaki dan wanita perlu diberi peluang sama untuk menyumbang mengikut potensi masing-masing.

Julita berkata demikian ketika menutup Program Kepekaan Gender anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, yang menghimpunkan pemimpin komuniti dan pegawai tempatan untuk memahami peranan perspektif gender dalam pembangunan.

“Pegawai tempatan berperanan sebagai ejen perubahan dalam melaksanakan tadbir urus inklusif, manakala pemerkasaan wanita luar bandar perlu melibatkan kepimpinan dan penyertaan dalam membuat keputusan,” katanya.

Turut hadir pengarah JHEWA Haslina Ismail.