KETUA MENTERI MENYAKSIKAN PENYERAHAN SUMBANGAN RM290,000 BANTU MANGSA KEBAKARAN KG KURNIA JAYA,...

KETUA MENTERI MENYAKSIKAN PENYERAHAN SUMBANGAN RM290,000 BANTU MANGSA KEBAKARAN KG KURNIA JAYA, TAWAU

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan khas MUIS kepada KIR mangsa kebakaran Kg. Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau daripada Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (tiga dari kanan)...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan khas sebanyak RM290,000 daripada Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, mewakili Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran.

Seramai 580 KIR mangsa kebakaran kampung itu masing-masing akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Sumbangan khas ini diharap dapat membantu KIR mangsa kebakaran
Kg Kurnia Jaya, Tawau,” kata Hajiji.

Turut hadir ialah Setiausaha MUIS, Encik Ramlan Awang Ali, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Haji Omar Raisul As-Salam Haji Sulaiman Omar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Sangul.