387 PTI Filipina Diusir Pulang

387 PTI Filipina Diusir Pulang

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengusir pulang seramai 387 pendatang tanpa izin (PTI) semalam.

Pengarah JIM Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata mereka dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, dalam program pengusiran Siri ke-18 tahun ini.

“Semua PTI terbabit dihantar pulang menggunakan jalan laut dari Pelabuhan Sandakan menaiki Feri MV Antonia 1…

“Pecahan tahanan yang dipindahkan adalah terdiri daripada 372 lelaki, 14 wanita dan seorang tahanan kanak-kanak lelaki berumur di bawah 12 tahun.

“Semua PTI yang dihantar kali ini adalah tahanan warganegara Filipina yang ditempatkan di Depot Imigresen Tawau,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

PTI berkenaan adalah yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh Sabah kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan ke atas semua PTI ini adalah berdasarkan peruntukan mengikut Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga tindakan terakhir iaitu pemindahan keluar dari negara.

“Justeru, semua warga asing diingatkan supaya memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

“Semua agensi penguatkuasaan di negeri ini akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” kata Sharifah.