
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah secara maya kepada Tan Sri Haji Ampong Bin Haji Puyon, 82, yang dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1443H tahun ini.
Kerajaan negeri turut merakamkan terima kasih atas sumbangan Ampong dalam kemajuan dan kemakmuran negeri ini, khususnya dalam pembangunan modal insan serta syiar Islam, di samping khidmat bakti dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Penerima Tokoh Maal Hijrah itu turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM25,000.
Haji Ampong Haji Puyon dilahirkan di Sandakan dan berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Panglima Hajah Armah Haji Amirali (Allahyarhamah) dan mempunyai empat (4) orang cahaya mata.

Atas jasa-jasanya, beliau telah menerima penghargaan kerajaan beberapa buah negeri yang berupa pingkat kebesaran bermula 1967 iaitu Ahli Darjah Kinabalu (ADK), Sabah, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), Sabah (1969), Jaksa Pendamai (JP), Pahang (1972): Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) (1993), Melaka yang membawa gelaran “Datuk”, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), Sabah (1994) yang membawa “Datuk Seri Panglima”, Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) Melaka (2009), yang membawa gelaran “Datuk Wira” dan pingat Jaksa Pendamai (JP), Sabah (2017)
Beliau juga telah menerima pingkat penghargaan dari Kerajaan Persekutuan seperti pingkat Panglima Setia Mahkota (PSM) (2009) yang membawa gelaran “Tan Sri”, Anugerah Tokoh 1Malaysia sempena ‘Perayaan Hari Malaysia 2009 dan Sambutan 52 Tahun Kemerdekaan’ dan Kesatria Mangku Negara (KMN) (1992)
Beliau juga terlibat dalam bidang politik, dengan memegang jawatan penting dalam kepartian semenjak 1978 sehingga 2018 dalam parti USNO dan UMNO di negeri ini.
Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N. 15 Sugut (1985-1986), Ahli Parlimen P.118 Labuk-Sugut (1978-1982) dan Ahli Dewan Undangan yang dilantik pada tahun 1964 hingga 1972 dan 1999 hingga 2004.
Beliau juga bergiat aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), United Sabah Islamic Association (USIA) Sabah, Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS), Sabah National Youth Assoc. (SANYA), Persatuan Ibubapa dan Guru.
Beliau juga pernah dilantik oleh kerajaan di beberapa buah syarikat kerajaan seperti pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd (AHSB) (2008 – 2018), Ahli Lembaga Pengarah Norsechem (Sabah) Sdn Bhd (2008 – 2016), Ahli Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) (2002 – 2018), Pengerusi Sabah Forestry Development Authority (SAFODA) (1994 – 2001), Ahli Lembaga Pengarah Trustee Yayasan Sabah (Sabah Foundation) (1994 – 2001).
Pengarah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) (1997), Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) (1993 – 1995), Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Kementerian Perusahaan Awam Malaysia (LPKP) (1989 – 1994), dan Pengerusi Lembaga Letrik Sabah (LLS) (1972 – 1975).
Beliau juga terlibat dalam bidang sukan seperti dengan memegang beberapa jawatan penting seperti Naib Presiden Sabah Amateur Football Association (SAFA) (1994 – 1996), President Sabah Amateur Boxing Assoc. (SABA) (1985 – 1987) dan Anak Sabah pertama dilantik sebagai Naib Presiden Malaysia Amateur Boxing Association (MABA) Presiden Sabah Amdenateur Volleyball Association (SAVA) (1983 – 1987) dan:President Sabah Hockey Association (SAHA) (1974 – 1983).