PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa agar warga emas untuk segera medapatkan suntikan dos penggalak COVID-19.
Jelas Khairy, risiko untuk mati amat tinggi jika kumpulan tiada perlindungan vaksinasi atau dos penggalak.
Oelh itu beliau menyarankan kumpulan tersebut untuk mendapatkan vaksinasi menjelang Ramadan yang hampir tiba.
“Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak kemana-kemana sekarang.
“Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat terawikh.
“Elok ‘top-up’ perlindungan mereka dengan dos penggalak, kita ikhtiar dan tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya menerusi ciapan di Twitter akaunnya.
Menerusi hantaran tersebut, Khairy turut berkongsi graf kematian akibat Covid-19.
Data tersebut jelas menunjukkan warga emas berdepan dengan risiko tinggi.
“Kematian semalam (Rabu) adalah sebanyak 105 kes, jika anda berumur 60 tahun ke atas, anda perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian,” katanya.





