Kilang Minyak Sawit Terbakar Di Beluran

Kilang Minyak Sawit Terbakar Di Beluran

0
SHARE

BELURAN: Berlaku kebakaran terhadap sebuah kilang memproses minyak sawit yang melibatkan bahagian kernel silo di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.14 pagi.

“Sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian, iaitu di Atlantica Palm Oil Mil Sdn. Bhd bersama jentera FRT dan FRV.

“Kebakaran dapat dipadamkan oleh Pasukan ERT kilang seramai 15 orang, dengan menggunakan satu aliran 200 kaki satu pancutan sumber air dari pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Pasukan Bomba seterusnya melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar bagi memastikan tiada lagi bahaya dan kemudian operasi di tamatkan pada jam 10.40 pagi.