KKM Putuskan Pemakaian Pelitup Muka Sebagai Pilihan

KKM Putuskan Pemakaian Pelitup Muka Sebagai Pilihan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka (facemask) dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan perkara demikian ada sidang media selepas menghadiri Persidangan Persatuan Perubatan Biosimilar dan Generik Antarabangsa (IGBA) – Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin…

Jelas beliau walau bagaimanapun ketetapan baharu itu terpulang kepada pemilik premis sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakainya atau sebaliknya.