Klinik Kesihatan Putatan Terima Mesin Ultrabunyi

Klinik Kesihatan Putatan Terima Mesin Ultrabunyi

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Klinik Kesihatan Putatan menerima satu unit mesin ultrabunyi sumbangan daripada Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

Pengerusi Penasihat Panel Klinik Kesihatan Putatan, Ahmad Mahmod berkata mesin yang disalurkan melalui Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan tersebut akan memberikan faedah kepada pesakit-pesakit di klinik itu.

Menurutnya, mesin berkenaan amat diperlukan agar pesakit di sekitar daerah berkenaan dapat menerima rawatan tanpa perlu ke hospital lain.

Penyampaian mesin disempurnakan wakil Timbalan Ketua Menteri III, Mohd Sufian Datuk Matin kepada Ketua Klinik Kesihatan Putatan, Dr. Nik Farah Nik Fuad Yusof dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Kesihatan Putatan dan turut dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Mahadir Majid. — JABATAN PENERANGAN SABAH