PUTRAJAYA, SELANGOR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkembangan semasa, disini, semalam.
Mesyuarat itu diadakan sejurus selepas mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut menyampaikan jemputan kepada Anwar untuk merasmikan pembukaan Persidangan Ekonomi Biru Sabah (SIBEC 2024) yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada September ini.